Satu memorandum Jemaah Menteri berkenaan Rang Undang-Undang (RUU) sumbangan politik dijangka dibentangkan ke mesyuarat Jemaah Menteri pada September.<br /><br />Ia bagi membolehkan RUU tersebut dibentangkan di sidang Parlimen pada Oktober depan.<br /><br />Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, perbincangan telah diadakan bersama beberapa pihak berkepentingan mengenai perkara tersebut.
